mp3

Saturday, February 5, 2011

Aku Dari Yong Peng

Fikir-fikir balik, aku bersyukur kepada Allah pasal aku dibesarkan di pekan Yong Peng. Banyak kenanganku di sini. Baru saja berbual dengan teman sekolah ku di SMYP tahun 1991. YASSER ARAFAT itulah nama yang selalu teman-teman aku panggil dia. Terkenang zaman aku aktif dengan Pengakap di sekolah. Yasser, Vanan, Yob, Ah Chai dan ramai lagi. Aku rasa pengakap masatu memang meriah giler di SMYP. Sememangnya aktiviti ko aku suka dari dulu sampai sekarang walau lapangan yang berbeza.

Tengahari tadi baru bertemu kembali dengan Zaki (pun sama-sama pengakap) di perkahwinan Lukhman (Selamat Pengantin Baru Man) Taman Timur.
emmm, sememangya semenjak aku berhijrah di KL, agak lama aku tak menghabiskan masa di Yong Peng. Petang tadi lepak sebentar di Dataran Yong Peng yang dipenuhi air almaklumlah banjir. Anak-anakku tidak melepaskan peluang untuk berendam. Ha ha lama jugak diorang mandi....balas dendam agaknya, sampaikan maknya merah padam.

bila la agak nya boleh buat reunion yer, batch akak aku yang sulong dah buat malam ni di dewan besar (malam junjungan kasih) SMDS born 1971. Congrat la korang!!!!!!